________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog SMK Menerong. Blog ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti terkini, gambar dan maklumat yang berlaku di SMK Menerong.Pihak SMK Menerong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman blog ini.
________________________________________________________________________________________

Sunday, May 20, 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan hari guru peringkat SMK Menerong telah diadakan pada 16 Mei 2012. Sambutan pada kali ini bermula pada jam 7.30 pagi yang dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru ke Balai Perdana. Aktiviti yang diadakan sempena sambutan guru ialah acara sukaneka dan persembahan pelajar dan guru.

Thursday, May 17, 2012

Program JERI Asrama Terbilang 2012

Program rekreasi merupakan salah satu daripada aktiviti yang sering dilakukan oleh pelajar. Pada kali ini, program rekreasi yang diadakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Asrama Sekolah adalah ekspedisi kayak dan berbasikal. Program ini diadakan selama tiga hari bermula 19 hingga 21 April 2012 dan dirasmikan oleh Pn. Hajah Azizah binti Sulong, Pengetua SMK Menerong.

Melalui program ini, pelbagai manfaat yang boleh diperolehi oleh pelajar dari segi fizikal, mental dan sahsiah serta mampu memupuk perpaduan antara pelajar dan juga warga pendidik. Ia juga bertujuan untuk menjadikan para pelajar yang berdaya saing dan menlahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu, pengisian kerohanian juga diberikan bagi memantapkan sahsiah diri para pelajar.

JERI = Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual 

Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru 2012

Program Pembentukan Generasi Cemerlang SMK Menerong

14 Mei 2012 (Isnin)
3.00 petang
Kantin, SMK Menerong

Sempena program pembentukan generasi cemerlang SMK Menerong satu ceramah telah diberikan kepada ibubapa/penjaga pelajar SMK Menerong. Tajuk ceramah pada kali ini ialah Membina Keluarga Cemerlang Mendepani Dunia Tanpa Sempadan. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Roshali bin Taha, Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu.

Selain daripada ceramah, juga disampaikan anugerah kecemerlangan kepada pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 atas. Cabutan bertuah juga diadakan pada petang itu.

Perasmian Penutup Bulan Disiplin

Thursday, May 10, 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun


Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Tuesday, May 8, 2012

Penyerahan Netbook 1 Malaysia Dun Ajil 2012


Majlis Penyerahan Netbook 1 Malaysia 2012 bagi Dun Ajil telah disempurnakan pada 8 Mei 2012 (Selasa) di Dewan SMK Bukit Diman. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tn. Hj. Mohd Nor bin Othman Ahli Parlimen Hulu Terengganu. Majlis ini melibatkan empat buah sekolah menengah dalam kawasan Dun Ajil iaitu SMK Menerong,SMK Ajil, SMK Landas dan SMK Bukit Diman.
Seramai 132 orang pelajar daripada SMK Menerong telah menerima netbook 1 Malaysia bagi tahun 2012. Tahniah diucapkan kepada semua penerima Netbook 1 Malaysia. Gunakanlah peralatan ICT ini dengan lebih berkesan terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Selamat Hari Buruh


Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan jam waktu bekerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

Tema Hari Buruh pada tahun 2012 ialah "Pekerja Berinovatif, Penggerak Transformasi". SELAMAT MENYAMBUT HARI BURUH KEPADA SEMUA WARGA SMK MENERONG DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA.