Pages

Wednesday, September 21, 2011

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2011


Tarikh : 7 - 9 Julai 2011
Hari : Khamis - Sabtu
Tempat : SMK Menerong

Objektif :
  • Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program kepimpinan.
  • Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
  • Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.
  • Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
  • Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
  • Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
  • Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

Matlamat :

  • Memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar yang bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta.
  • Agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang.
  • Untuk mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

No comments:

Post a Comment