Bulan
Ramadhan merupakan bulan rahmat bagi seluruh alam. Bulan kebesaran ini bulan
yang sangat dinanti-nantikan oleh semua umat Islam diseluruh dunia. Sebagai
umat Islam ,kita perlu mewar-warkan kedatangan bulan tersebut. Kita perlu
menyemarakkan kedatangannya dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat
menghidupkan kedatangan bulan mulia ini. 
Sempena kemuliaan dan keberkatan bulan Ramadhan ini,pihak Badan Dakwah
& Surau SMK Menerong mengorak langkah menyusun program sepanjang bulan
Ramadhan dengan mengadakan beberapa aktiviti yang dinamakan “IHYA RAMADHAN”.
Tujuan program ini diadakan supaya para guru dan pelajar
dapat menghayati dan memenuhi bulan yang mulia ini dengan amalan-amalan soleh
di samping dapat membentuk sahsiah diri selari dengan kehendak syariat Islam.
 
No comments:
Post a Comment