PUSAT pendidikan bahasa, The Language House mempelawa lepasan Sijil 
Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti program internship yang bukan 
sahaja berupaya meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris malah turut 
memberi pengalaman bekerja kepada mereka.
Pengarah Urusannya, Keng Davis berkata, pihaknya akan melonjakkan 
kemahiran bahasa Inggeris (BI) lepasan SPM ini ke tahap profesional di 
samping menerapkan pengalaman bekerja dalam program pendidikan yang 
disediakan."Melalui program ini, kami dapat membantu mengatasi dua masalah utama
 pelajar lepasan SPM untuk mendapatkan pekerjaan iaitu bahasa Inggeris 
yang baik dan pengalaman kerja," jelasnya dalam satu kenyataan melalui 
e-mel baru-baru ini.
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat secara 
percuma sepanjang Mac ini, sila hubungi talian 03-77225270 atau layari www.languagehouse.edu.my.
Sumber : Utusan Malaysia Online
 
No comments:
Post a Comment