HULU TERENGGANU 8 Mac - Daerah ini mencatat pencapaian membanggakan
dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan gred
purata daerah 2.37.Ia meletakkannya di tangga kedua terbaik di negeri ini dan
satu-satunya daerah yang menunjukkan peningkatan dalam gred purata serta
lulus penuh.
Pegawai Pelajaran Daerah, Sharuddin Ali Hussin berkata, ia merangsang
ke arah pencapaian yang lebih baik pada masa depan dalam setiap
peringkat peperiksaan awam."Pencapaian gred purata 2.37 bagi 2011 meningkat daripada 2.30 pada
tahun 2010 manakala lulus penuh meningkat daripada 95.79 peratus kepada
97.11 peratus."Pencapaian ini mengatasi pencapaian negeri gred purata 2.33 dan lulus penuh 93.96 peratus," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Berang berada di tangga kelapan di peringkat negeri dengan pencapaian gred purata 2.61.
SMK Landas pula muncul antara 12 sekolah di negeri ini yang mendapat 100 peratus.
"Selain itu, enam sekolah mendapat 100 peratus layak mendapat sijil
iaitu SMK Seri Berang, SMK Tengku Ampuan Intan, SMK Matang, SMK Landas,
SMK Menerong dan SMK Kuala Telemong.
Sumber : Arkib Utusan Malaysia Online
No comments:
Post a Comment