________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog SMK Menerong. Blog ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti terkini, gambar dan maklumat yang berlaku di SMK Menerong.Pihak SMK Menerong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman blog ini.
________________________________________________________________________________________

Bendera Sekolah




Penerangan Bendera Sekolah
  • Tiga warna melambangkan pelajar SMK Menerong  berasal dari perkampungan tradisional dan  masyarakat FELDA serta FELCRA.
  • Tiga segi  oren (1) di kedua-dua penjuru melambangkan sekolah SMK Menerong terletak di antara FELDA Tersat dan Mengkawang.
  • Jalur biru muda (2) melambangkan kewujudan masyarakat FELCRA.
  •  Jalur hitam (3) melambangkan perkampungan tradisional diapit oleh FELDA dan FELCRA. 
  • Peletakan lencana di tengah-tengah bendera yang berlatarkan warna oren, biru dan kelabu  menggambarkan pelajar SMK Menerong terdiri daripada kelompok tersebut.
  • Susun atur tiga warna dan satu lencana menunjukkan keharmonian hidup masyarakat dan sentiasa bekerjasama untuk memajukan sekolah.