________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog SMK Menerong. Blog ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti terkini, gambar dan maklumat yang berlaku di SMK Menerong.Pihak SMK Menerong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman blog ini.
________________________________________________________________________________________

DASAR PENGURUSAN

DASAR PENGURUSAN DISIPLIN

Murid SMK Menerong mempunyai tahap disiplin kendiri yang tinggi di mana mereka berupaya mendisiplinkan diri tanpa arahan atau kawalan dari luar, dan setetusnya berupaya untuk memajukan diri ke arah kecemerlangan.

 1.             MATLAMAT DISIPLIN SMK MENERONG
                1.1          Mengurangkan kes ponteng kelas dan sekolah.
                1.2          Meningkatkan penampilan diri yang kemas di kalangan pelajar.
                1.3          Membudayakan kerja amal dan kemasyarakatan di kalangan pelajar.
                1.4          Membudayakan sikap saling menghormati di kalangan pelajar.
                1.5          Masalah disiplin minima atau sifar terutamanya kes berat.
                1.6          Mengurangkan tingkahlaku negatif semasa P&P.
                1.7          Meningkatkan disiplin kendiri murid.
                1.8          Pelajar mempunyai hala tuju yang jelas.

 2.             STRATEGI          
                2.1         Melaksanakan aktivit-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di dalam dan di luar  
                              kawasan   sekolah.            
                2.2         Memberi Sumbangan Hari Raya, Derma Kematian/Kebakaran dan menziarahi pelajar 
                              sakit. 
                2.3          Mengadakan Khemah Ibadat Dan Pemantapan Solat.
                2.4          Program Temu Murni.
                2.5          Kempen Gaya Hidup Sihat.
                2.6          Pemantauan Melalui Buku Kawalan Kelas.
                2.7          Majlis membaca Al-Quran, Yasin dan solat hajat setiap pagi dan minggu.
                2.8          Tadarus Al-Quran pada bulan Ramadhan.
                2.9          Ceramah-ceramah Agama pada bulan-bulan kebesaran Islam.
                2.10        Sambutan Hari Kemerdekaan.
                2.11        Spot check.
                2.12        Kursus Kepimpinan pelajar.
                2.13        Lawatan bermaklumat.