________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog SMK Menerong. Blog ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti terkini, gambar dan maklumat yang berlaku di SMK Menerong.Pihak SMK Menerong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman blog ini.
________________________________________________________________________________________

Tuesday, March 13, 2012

STPM: Hulu Terengganu di tangga kedua terbaik

HULU TERENGGANU 8 Mac - Daerah ini mencatat pencapaian membanggakan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan gred purata daerah 2.37.Ia meletakkannya di tangga kedua terbaik di negeri ini dan satu-satunya daerah yang menunjukkan peningkatan dalam gred purata serta lulus penuh.

Pegawai Pelajaran Daerah, Sharuddin Ali Hussin berkata, ia merangsang ke arah pencapaian yang lebih baik pada masa depan dalam setiap peringkat peperiksaan awam."Pencapaian gred purata 2.37 bagi 2011 meningkat daripada 2.30 pada tahun 2010 manakala lulus penuh meningkat daripada 95.79 peratus kepada 97.11 peratus."Pencapaian ini mengatasi pencapaian negeri gred purata 2.33 dan lulus penuh 93.96 peratus," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Berang berada di tangga kelapan di peringkat negeri dengan pencapaian gred purata 2.61.

SMK Landas pula muncul antara 12 sekolah di negeri ini yang mendapat 100 peratus.
"Selain itu, enam sekolah mendapat 100 peratus layak mendapat sijil iaitu SMK Seri Berang, SMK Tengku Ampuan Intan, SMK Matang, SMK Landas, SMK Menerong dan SMK Kuala Telemong.

Sumber : Arkib Utusan Malaysia Online

No comments:

Post a Comment