________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog SMK Menerong. Blog ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti terkini, gambar dan maklumat yang berlaku di SMK Menerong.Pihak SMK Menerong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman blog ini.
________________________________________________________________________________________

Wednesday, April 18, 2012

Perasmian Bulan PSS dan Pelancaran Program Nilam

Perasmian Bulan PSS dan pelancaran Program Nilam 2012 telah diadakan pada 17 April 2012 (Selasa) di Bilik Intelek SMK Menerong. Program ini akan berlangsung selama sebulan bermula 17 April - 17 Mei 2012. Antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang bulan Pusat Sumber Sekolah 2012 adalah :
  • Pertandingan membuat kad ucapan Hari Guru
  • Pertandingan teka silang kata Bahasa Inggeris
  • Pertandingan Powerpoint
  • Kempen bacaan buku 15 minit
  • Pertandingan fotografi
  • Pertandingan melukis poster dan kulit buku
  • Pertandingan kuiz spontan
  • Pertandingan menulis sajak
  • Pertandingan menulis puisi
  • Pertandingan menulis esei pendek

No comments:

Post a Comment