________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog SMK Menerong. Blog ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti terkini, gambar dan maklumat yang berlaku di SMK Menerong.Pihak SMK Menerong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman blog ini.
________________________________________________________________________________________

Monday, June 25, 2012

Pelancaran Minggu Perkaya SMK Menerong

Program Minggu Perkaya yang dijayakan pada tahun ini diharap dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang keperluan saling bantu-membantu dan bersikap prihatin terhadap kekurangan individu sekitar. Pelancaran ini telah diadakan pada :

Tarikh : 25 Jun 2012
Masa  : 7.45 - 8.30 pagi
Tempat : Balai Perdana

Perutusan daripada YM Dato' Dr Hj Tengku Mahmud bin Mansor, YDP Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu dibaca oleh wakil pelajar iaitu Mohd Hafiz bin Mustafa. Sepanjang program "Minggu Perkaya" dijalankan bermula 24 - 30 Jun 2012 satu kutipan derma telah diadakan. Kutipan derma dijalankan semasa perhimpunan pagi sepanjang Minggu Perkaya oleh guru bertugas.



Monday, June 18, 2012

Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah

Sambutan Israk Mikraj merupakan satu daripada agenda untuk menyemarakkan ingatan kepada peristiwa penting dalam Islam. Dalam konteks, masyarakat pelajar, hari kebesaran atau peristiwa penting ini perlu diberi peringatan. Oleh sebab itu, Badan Surau dan Dakwah mengorak langkah menyusun aktiviti ceramah ini untuk menyuburkan ingatan dan keprihatinan mereka terhadap hari yang penting ini. Sambutan Israk Mikraj Peringkat SMK Menerong telah diadakan pada :

Tarikh : 17 Jun 2012 (Ahad)
Masa : 7.30 - 9.10 pagi
Tempat : Bilik Intelek, SMK Menerong

Antara objektif sambutan ini diadakan adalah bagi mengingatkan kembali peristiwa penting sejarah mensyariatkan ibadat solat serta dapat melahirkan generasi pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab.

Penyertaan para pelajar
Ucapan pengacara majlis
Ceramah Israk Mikraj oleh Ustaz Maliaman
Pemenang kuiz kategori pelajar



Thursday, June 14, 2012

Al-Fatihah - Takziah kepada keluarga Allahyarham Cikgu Asari

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Cikgu Asari yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5 pagi ini 14 Jun 2012 bersamaan 24 Rejab 1433H . Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin. Al-Fatihah

Wednesday, June 13, 2012

Majlis Pertukaran Pn. Mahzon & Pn. Junaidah

Satu majlis jasamu dikenang telah diadakan sempena pertukaran Pn. Mahzon bt Muda, Penyelia Asrama dan Pn. Junaidah bt Hassan, Pembantu Makmal. Majlis ini diadakan pada 06 Jun 2012 di Dataran Balai Perdana, SMK Menerong. Diharap silaturrahim yang terjalin akan terus kekal. Selamat bertugas di tempat baru.