________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog SMK Menerong. Blog ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti terkini, gambar dan maklumat yang berlaku di SMK Menerong.Pihak SMK Menerong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman blog ini.
________________________________________________________________________________________

Friday, January 31, 2014

Minggu Orentasi Pelajar Asrama 2014

Tarikh : 12 Januari 2014 – 16 Januari 2014 
Masa : 3 petang - 11 malam
Tempat : Asrama SMK Menerong

Minggu Orientasi ini diadakan sebagai persediaan awal dalam menggerakkan proses kemenjadian murid yang tinggal diasrama berlandaskan 6 Aspirasi Murid dalam PPPM serta merealisasikan Transformasi Asrama Harian. Antara fokusnya ialah tentang etika murid asrama, kebersihan dan keceriaan, pembangunan diri dan memahami peraturan asrama. Penyerapan budaya penyayang dan mencintai asrama juga perlu diadakan di awal sesi murid-murid tinggal di asrama.

Antara objektif orentasi ini diadakan adalah untuk :
  •  Memberikan pendedahan murid baharu dengan suasana kehidupan asrama.
  •  Memberikan pendedahan kepada semua murid tentang kepentingan bekerjasama.
  • Memberikan semangat berpasukan dan saling bantu –membantu antara satu sama lain.
  • Melahirkan murid yang berdedikasi serta mempunyai komitmen yang tinggi.

No comments:

Post a Comment