Assalamualaikum
dan salam sejahtera kepada semua warga SMK Menerong dan pengunjung laman web
rasmi SMK Menerong ini.
Terlebih dahulu
saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada unit ICT kerana berjaya menghasilkan
laman sesawang ini. Ucapan terima kasih juga kepada unit ini kerana memberi penghargaan kepada saya untuk
menyampaikan sepatah dua kata untuk
tatapan semua.
Kewujudan laman
sesawang ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada para pelajar, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat
setempat untuk mengetahui perkembangan terkini tentang program yang dijalankan
di sekolah dari semasa ke semasa.
Dengan
perkembangan sains dan teknologi kini, maka pendidikan bukan lagi satu
keperluan tetapi merupakan cabaran
kepada semua, khususnya kepada para guru. Oleh itu, setiap guru seharusnya mempunyai kemahiran dan sentiasa
menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam meneroka bidang ilmu tanpa sempadan ini. Laman sesawang ini
juga menjadi perintis kepada guru-guru SMK Menerong untuk terus berinovasi bagi
melahirkan idea dan bahan yang selari dengan kehendak terkini.
Perkembangan
laman web ini juga melambangkan kesinambungan aktiviti-aktiviti para pelajar
dan dokumen penting yang menggambarkan perjalanan dan pengurusan sekolah. Semua
aktiviti yang telah dilaksanakan telah dirancang dengan teliti supaya selari
dengan visi dan misi sekolah. Pada masa yang sama laman ini memberi petunjuk
kepada pihak sekolah untuk melahirkan modal insan yang seimbang sebagaimana
yang dihasratkan oleh kerajaan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sesungguhnya kecemerlangan seseorang pelajar tidak akan
bermakna seandainya tidak diringi dengan perkembangan sahsiah dan tingkah laku.
Jati diri perlu wujud bagi menepis segala cabaran dan dugaan
yang melanda.Pengurusan masa amat penting bagi seorang pelajar yang mempunyai matlamat untuk mencipta
kejayaan.Yakinlah setiap usaha ini pasti mendapat ganjarannya. Berakit-rakit ke
hulu, berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian.
Di kesempatan
ini juga, saya menyusun ampun dan maaf andai
ada kekurangan . Justeru, komen, pandangan dan cadangan yang membina amatlah
dialu-alukan agar usaha murni yang kerdil ini
dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh warga sekolah demi kecemerlangan SMK. Menerong.
Akhir kata, saya berharap laman web SMK Menerong ini dapat memberikan maklumat yang terkini dan berfaedah kepada semua individu yang mengunjunginya.
Sekian, wassalam.