________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog SMK Menerong. Blog ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti terkini, gambar dan maklumat yang berlaku di SMK Menerong.Pihak SMK Menerong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman blog ini.
________________________________________________________________________________________

Monday, December 31, 2012

Keputusan PMR 2012

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2012.
1) Mohd Al-Imran bin Nordin - 8A
2) Shamimi Izzati bt Asari - 7A 1B

Kepada para pelajar lain teruskan usaha anda dan buktikan pada peperiksaan yang akan datang.

Sunday, November 4, 2012

MAJLIS PENGHARGAAN PENGAWAS SEKOLAH, PUSAT SUMBER SEKOLAH, ASRAMA & KOPERASI 2012


Tarikh : 30 Oktober 2012 (Selasa)
Masa : 1.30 ptg
Tempat : Kafeteria Seri Malaysia, Kuala Terengganu

Jamuan sempena Hari Raya Korban

Tarikh : 29 Oktober 2012 (Isnin)
Tempat : Kantin SMK Menerong

'English International Reading Programme' (EIRP)

Tarikh : 14 Oktober 2012
Hari : Ahad
Tempat : Balai Perdana, SMK Menerong

Majlis Graduasi SMK Menerong Kali Ke-8

24 Oktober 2012
Hotel Grand Continental Kuala Terengganu

Dirasmikan oleh YBhg Datuk Wan Ahmad Nizam bin Wan Abdul Hamid D.P.S.M,S.M.T,P.J.K merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu.

Majlis Anugerah Kokurikulum 2012

Tarikh   : 2 Oktober 2012(Selasa)
Masa    : 11.30 pagi
Tempat : Dewan makan asrama

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu





 

Thursday, October 11, 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan PMR


Thursday, September 20, 2012

Peluang Motivasi dan Peluang Kerjaya Lepasan SPM daripada Kolej PTPL & Kolej Universiti Teknologi Bestari

Tarikh : 20 September 2012
Hari : Khamis
Tempat : Kelas Tingkatan 5

Tuesday, September 18, 2012

Selamat Menyambut Hari Malaysia


Monday, September 17, 2012

Perkhemahan Unit Beruniform 2012

Perkhemahan Unit Beruniform 2012 telah diadakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Terengganu. Perkhemahan ini diadakan selama tiga hari bermula 6 - 8 September 2012 (Khamis - Sabtu). Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 seramai 80 orang. Unit beruniform yang terlibat ialah Kedet Remaja Sekolah, Pengakap, KAPA, Kedet Bomba, Kedet Polis, Puteri Islam dan Pandu Puteri.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini ialah memanah, absailing, paintball dan acara kemuncak yang ditunggu-tunggu malam kebudayaan. 

Tapak perkhemahan

Suasana semasa aktiviti absailing..pelbagai reaksi dapat dilihat..ada yang suka..ada yang takut...
Takut ke dik...
PK Koko nak jugak buat absailing
Aktiviti memanah
Paintball

Majlis Penutup


Sunday, September 2, 2012

Sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Raya Peringkat Sekolah 2012

Tarikh : 30 Ogos 2012 (Khamis)
Masa  : 7.30 pg - 1.00 tgh
Tempat : Dewan Makan Asrama SMK Menerong (Sambutan Hari Kemerdekaan)


Tuesday, August 28, 2012

Majlis Penutup Ihya' Ramadhan 1433H


Bulan Ramadhan bulan kebesaran yang sangat dinant-nantikan oleh seluruh umat Islam seluruh dunia. Sehubungan dengan itu, Badan Dakwah dan Surau SMK Menerong mengorak langkah menyusun program sepanjang sebelum, semasa dan selepas Ramadhan. Antara program yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan ialah :
  • Ceramah Jendela Ramadhan
  • Kempen Ramadhan Tanpa Asap
  • Tadarus Al-Quran
  • Tazkirah Ramadhan
  • Tazkirah Nuzul Al-Quran
  • Tabung Sayang Disayang
  • Solat Hajat
  • Iftor Jama'ie
  • Pertandingan Mencipta Kad Hari Raya
  • Pertandingan Kuiz
  • Salam Idul Fitri

Tuesday, July 31, 2012

Tazkirah Ramadhan Day 11

Monday, July 30, 2012

Tazkirah Ramadhan Day 10

Sunday, July 29, 2012

Tazkirah Ramadhan Day 9

Monday, July 23, 2012

Program Pemantapan Minda Menjelang Ramadhan 1433H

Tarikh       : 19 Julai 2012
Hari          : Khamis
Masa        : 11.30 pagi
Jemputan  : YM Tengku Mohd Yusoff bin Tengku Mansor
                  (Ketua Sektor Unit Jaminan Kualiti JPNT)

Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan 1433H

Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam. Diharap Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Amin.

Saturday, July 14, 2012

Senamrobik 1 Malaysia

Tarikh : 10 Julai 2012
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perdana SMK Menerong







Majlis Penutup Khidmat Seni Budaya USIM

Satu khidmat seni budaya sempena program anak angkat pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di PPSK Kg. Menerong, telah di adakan di SMK Menerong dan SK Menerong. Khidmat seni budaya ini diadakan selama tiga hari bermula 01-03 Julai 2012 selepas sesi P&P. 

Majlis penutup khidmat seni budaya ini telah diadakan pada 04 Julai 2012 (2.30 ptg) di Kantin SMK Menerong. Majlis penutup telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Rosol bin Hj. Wahid selaku ADUN Kawasan Ajil. Semasa majlis ini berlangsung para pelajar telah membuat persembahan hasil daripada program khidmat seni budaya ini.

Ketibaan YB Dato' Hj Rosol bin Wahid disambut dengan pasukan kompang

Tuesday, July 3, 2012

Ucapan Terakhir Pengetua Di SMK Menerong

2 Julai 2012 merupakan tarikh yang sangat menyedihkan kerana warga SMK Menerong akan kehilangan seorang pengetua yang sangat bertanggungjawab dan penyayang terhadap para pelajar, guru dan semua kakitangan SMK Menerong.

Pn. Hjh Azizah akan memulakan tugas sebagai pengetua di SMK Ajil selepas berkhidmat selama setahun di SMK Menerong. Kami warga SMK Menerong sentiasa mendoakan kejayaan beliau di sekolah baru.

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) 2012

Kursus ini telah diadakan selama dua hari bermula 29 - 30 Jun 2012 di Regency Hotel, Kuala Lumpur. Kursus ini melibatkan semua guru dan kakitangan SMK Menerong.

Monday, July 2, 2012

Majlis Temu Murni & Anugerah Kecemerlangan Pelajar


Majlis temu murni dan hari anugerah kecemerlangan pelajar SPM dan STPM 2012 telah diadakan pada hari rabu 27 Jun 2012 bertempat di Bilik Intelek dan kelas SMK Menerong. Majlis temu murni kali ini merupakan kali yang ke-2 bagi tahun 2012 yang mana ia melibatkan semua pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 atas. Majlis ini bermula pada jam 8.30 pagi dan dirasmikan oleh YB Dato' Haji Rosol bin Hj. Wahid, ADUN Ajil.

Program temu murni ini merupakan program tahunan sekolah dan selaras dengan hasrat kementerian untuk memasyarakatkan sekolah. Program sebegini juga memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka di sekolah bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dari segi sahsiah diri.

Monday, June 25, 2012

Pelancaran Minggu Perkaya SMK Menerong

Program Minggu Perkaya yang dijayakan pada tahun ini diharap dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang keperluan saling bantu-membantu dan bersikap prihatin terhadap kekurangan individu sekitar. Pelancaran ini telah diadakan pada :

Tarikh : 25 Jun 2012
Masa  : 7.45 - 8.30 pagi
Tempat : Balai Perdana

Perutusan daripada YM Dato' Dr Hj Tengku Mahmud bin Mansor, YDP Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu dibaca oleh wakil pelajar iaitu Mohd Hafiz bin Mustafa. Sepanjang program "Minggu Perkaya" dijalankan bermula 24 - 30 Jun 2012 satu kutipan derma telah diadakan. Kutipan derma dijalankan semasa perhimpunan pagi sepanjang Minggu Perkaya oleh guru bertugas.



Monday, June 18, 2012

Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah

Sambutan Israk Mikraj merupakan satu daripada agenda untuk menyemarakkan ingatan kepada peristiwa penting dalam Islam. Dalam konteks, masyarakat pelajar, hari kebesaran atau peristiwa penting ini perlu diberi peringatan. Oleh sebab itu, Badan Surau dan Dakwah mengorak langkah menyusun aktiviti ceramah ini untuk menyuburkan ingatan dan keprihatinan mereka terhadap hari yang penting ini. Sambutan Israk Mikraj Peringkat SMK Menerong telah diadakan pada :

Tarikh : 17 Jun 2012 (Ahad)
Masa : 7.30 - 9.10 pagi
Tempat : Bilik Intelek, SMK Menerong

Antara objektif sambutan ini diadakan adalah bagi mengingatkan kembali peristiwa penting sejarah mensyariatkan ibadat solat serta dapat melahirkan generasi pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab.

Penyertaan para pelajar
Ucapan pengacara majlis
Ceramah Israk Mikraj oleh Ustaz Maliaman
Pemenang kuiz kategori pelajar



Thursday, June 14, 2012

Al-Fatihah - Takziah kepada keluarga Allahyarham Cikgu Asari

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Cikgu Asari yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5 pagi ini 14 Jun 2012 bersamaan 24 Rejab 1433H . Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin. Al-Fatihah

Wednesday, June 13, 2012

Majlis Pertukaran Pn. Mahzon & Pn. Junaidah

Satu majlis jasamu dikenang telah diadakan sempena pertukaran Pn. Mahzon bt Muda, Penyelia Asrama dan Pn. Junaidah bt Hassan, Pembantu Makmal. Majlis ini diadakan pada 06 Jun 2012 di Dataran Balai Perdana, SMK Menerong. Diharap silaturrahim yang terjalin akan terus kekal. Selamat bertugas di tempat baru.

Sunday, May 20, 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan hari guru peringkat SMK Menerong telah diadakan pada 16 Mei 2012. Sambutan pada kali ini bermula pada jam 7.30 pagi yang dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru ke Balai Perdana. Aktiviti yang diadakan sempena sambutan guru ialah acara sukaneka dan persembahan pelajar dan guru.

Thursday, May 17, 2012

Program JERI Asrama Terbilang 2012

Program rekreasi merupakan salah satu daripada aktiviti yang sering dilakukan oleh pelajar. Pada kali ini, program rekreasi yang diadakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Asrama Sekolah adalah ekspedisi kayak dan berbasikal. Program ini diadakan selama tiga hari bermula 19 hingga 21 April 2012 dan dirasmikan oleh Pn. Hajah Azizah binti Sulong, Pengetua SMK Menerong.

Melalui program ini, pelbagai manfaat yang boleh diperolehi oleh pelajar dari segi fizikal, mental dan sahsiah serta mampu memupuk perpaduan antara pelajar dan juga warga pendidik. Ia juga bertujuan untuk menjadikan para pelajar yang berdaya saing dan menlahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu, pengisian kerohanian juga diberikan bagi memantapkan sahsiah diri para pelajar.

JERI = Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual 

Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru 2012

Program Pembentukan Generasi Cemerlang SMK Menerong

14 Mei 2012 (Isnin)
3.00 petang
Kantin, SMK Menerong

Sempena program pembentukan generasi cemerlang SMK Menerong satu ceramah telah diberikan kepada ibubapa/penjaga pelajar SMK Menerong. Tajuk ceramah pada kali ini ialah Membina Keluarga Cemerlang Mendepani Dunia Tanpa Sempadan. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Roshali bin Taha, Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu.

Selain daripada ceramah, juga disampaikan anugerah kecemerlangan kepada pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 atas. Cabutan bertuah juga diadakan pada petang itu.

Perasmian Penutup Bulan Disiplin

Thursday, May 10, 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun


Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Tuesday, May 8, 2012

Penyerahan Netbook 1 Malaysia Dun Ajil 2012


Majlis Penyerahan Netbook 1 Malaysia 2012 bagi Dun Ajil telah disempurnakan pada 8 Mei 2012 (Selasa) di Dewan SMK Bukit Diman. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tn. Hj. Mohd Nor bin Othman Ahli Parlimen Hulu Terengganu. Majlis ini melibatkan empat buah sekolah menengah dalam kawasan Dun Ajil iaitu SMK Menerong,SMK Ajil, SMK Landas dan SMK Bukit Diman.
Seramai 132 orang pelajar daripada SMK Menerong telah menerima netbook 1 Malaysia bagi tahun 2012. Tahniah diucapkan kepada semua penerima Netbook 1 Malaysia. Gunakanlah peralatan ICT ini dengan lebih berkesan terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Selamat Hari Buruh


Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan jam waktu bekerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

Tema Hari Buruh pada tahun 2012 ialah "Pekerja Berinovatif, Penggerak Transformasi". SELAMAT MENYAMBUT HARI BURUH KEPADA SEMUA WARGA SMK MENERONG DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

Wednesday, April 25, 2012

Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2012

Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang diistiharkan oleh UNESCO pada 23 April setiap tahun, Perbadanan Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu akan menganjurkan program sambutan hari tersebut pada 26 April 2012 (Khamis) hingga 28 April 2012 (Sabtu) bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu.

Objektif program ini adalah untuk :
  • Memperingati hari mempromosikan budaya membaca dan penerbitan buku.
  • Memperingati hari bagi menghormati hak cipta kepada setiap karya perekacipta ilmu-ilmu yang telah dibukukan.
  • Memupuk minat membaca dikalangan masyarakat bagi melahirkan masyarakat berilmu dan berakhlak mulia.
  • Merapatkan hubungan diantara agensi keajaan dan swasta serta NGO dengan Perpustakaan Daerah Hulu Terengganu.
Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2012 satu Bengkel Asas Penggunaan Adobe Photoshop telah diadakan yang dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Hulu Terengganu dengan kerjasama EIO beberapa buah sekolah daerah Hulu Terengganu. Seramai 50 orang pelajar sekolah menengah Hulu Terengganu telah menyertai bengkel ini. Fasilitator bengkel ini ialah En. Mohd Sabri bin Yahya dari PPD Hulu Terengganu

Wednesday, April 18, 2012

Perasmian Bulan PSS dan Pelancaran Program Nilam

Perasmian Bulan PSS dan pelancaran Program Nilam 2012 telah diadakan pada 17 April 2012 (Selasa) di Bilik Intelek SMK Menerong. Program ini akan berlangsung selama sebulan bermula 17 April - 17 Mei 2012. Antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang bulan Pusat Sumber Sekolah 2012 adalah :
  • Pertandingan membuat kad ucapan Hari Guru
  • Pertandingan teka silang kata Bahasa Inggeris
  • Pertandingan Powerpoint
  • Kempen bacaan buku 15 minit
  • Pertandingan fotografi
  • Pertandingan melukis poster dan kulit buku
  • Pertandingan kuiz spontan
  • Pertandingan menulis sajak
  • Pertandingan menulis puisi
  • Pertandingan menulis esei pendek

Monday, April 9, 2012

Majlis Pelancaran Hulu Terengganu Cemerlang (HUTeC) 2012

                                                               
                  Tarikh        : 25 Mac 2012
                  Masa         : 9.30 pagi
                  Tempat      : Dewan Intan SMK Menerong
                  Perasmian  : Yang Berhormat Hj. Mohd Nor bin Othman
                                     (Ahli Parlimen Hulu Terengganu) 


KETERANGAN LOGO

WARNA.
1. Oren – Warna Tema Daerah Hulu Terengganu yang melambangkan kecekalan dan keberanian dalam mencapai kecemerlangan yang berterusan.
2. Biru – Melambangkan perpaduan warga Pendidikan Hulu Terengganu dalam usaha mencapai kecemerlangan.

BENTUK.
1. 26 Jalur beralun – melambangkan 26 hasrat PPD yang digariskan untuk mencapai kecemerlangan Pendidikan Daerah Hulu Terengganu.
2. Kerawang – melambangkan kerja/usaha Warga Pendidikan Hulu Terengganu yang sentiasa berusaha dalam mencapai kecemerlangan selaras dengan hasrat kerajaan.
3. Logo Persekutuan, PPD dan 1Malaysia – Melambangkan Warga Pendidikan Hulu Terengganu sentiasa selari dengan dasar Kerajaan Persekutuan.
4. Logo 1Malaysia – Kedudukan logo 1Malaysia di tengah-tengah selaras dengan moto Hulu Terengganu ‘Pendahulu’ yang sentiasa ingin berada di kedudukan pertama dalam setiap bidang.
5. Bentuk Bulat – 2 bulatan (kuning dan biru) melambangkan usaha berganda ke arah mencapai kejituan iltizam dan kerja sepasukan ke arah kecemerlangan. 

PERKATAAN.
1. “Hulu Terengganu Cemerlang 2012”.- ikrar ke arah mencapai sasaran Hulu Terengganu Cemerlang 2012.
2. ‘Hulu Terengganu Pendahulu’.- hasrat untuk menjadi pendahulu dalam apa jua bidang samada Pengurusan, Kurikulum, Kokurikulum dan Perkembangan Sahsiah. 

Wednesday, April 4, 2012

Majlis Pelancaran Bulan Disiplin & Guru Penyayang Peringkat Sekolah

Bulan April adalah Bulan Disiplin bagi SMK Menerong. Majlis Pelancaran Bulan Disiplin telah diadakan pada 1 April 2012 (Ahad) di Bilik Intelek, SMK Menerong. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Tahar bin Sali, Penolong Pengarah Bimbingan & Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Antara pengisian sepanjang bulan disiplin ini adalah :
1. Pertandingan Melukis Poster
2. Ungkapan Sayang Guru
3. Kempen "Saya Sayang Saya"
4. Pertemuan 6 Mata (Guru-Pelajar-Penjaga)
5. Klinik Berhenti Merokok
6. Ziarah
7. Anugerah Pelajar Berdisiplin
8. Penguatkuasaan Kad Keluar Kelas