________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog SMK Menerong. Blog ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti terkini, gambar dan maklumat yang berlaku di SMK Menerong.Pihak SMK Menerong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman blog ini.
________________________________________________________________________________________

Monday, March 26, 2012

Pertandingan Pesta Pantun & Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen Peringkat Daerah Hulu Terengganu

SMK Menerong menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Pesta Pantun & Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen Peringkat Daerah Hulu Terengganu bagi tahun 2012. Pertandingan ini berlangsung selama tiga hari bermula 25 - 28 Mac 2012.

Johan Pertandingan Pesta Pantun 2012 jatuh kepada SMK Menerong.Tahniah diucapkan kepada para peserta Pesta Pantun SMK Menerong.

Tuesday, March 13, 2012

STPM: Hulu Terengganu di tangga kedua terbaik

HULU TERENGGANU 8 Mac - Daerah ini mencatat pencapaian membanggakan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan gred purata daerah 2.37.Ia meletakkannya di tangga kedua terbaik di negeri ini dan satu-satunya daerah yang menunjukkan peningkatan dalam gred purata serta lulus penuh.

Pegawai Pelajaran Daerah, Sharuddin Ali Hussin berkata, ia merangsang ke arah pencapaian yang lebih baik pada masa depan dalam setiap peringkat peperiksaan awam."Pencapaian gred purata 2.37 bagi 2011 meningkat daripada 2.30 pada tahun 2010 manakala lulus penuh meningkat daripada 95.79 peratus kepada 97.11 peratus."Pencapaian ini mengatasi pencapaian negeri gred purata 2.33 dan lulus penuh 93.96 peratus," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Berang berada di tangga kelapan di peringkat negeri dengan pencapaian gred purata 2.61.

SMK Landas pula muncul antara 12 sekolah di negeri ini yang mendapat 100 peratus.
"Selain itu, enam sekolah mendapat 100 peratus layak mendapat sijil iaitu SMK Seri Berang, SMK Tengku Ampuan Intan, SMK Matang, SMK Landas, SMK Menerong dan SMK Kuala Telemong.

Sumber : Arkib Utusan Malaysia Online

Program internship untuk lepasan SPM

PUSAT pendidikan bahasa, The Language House mempelawa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti program internship yang bukan sahaja berupaya meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris malah turut memberi pengalaman bekerja kepada mereka.

Pengarah Urusannya, Keng Davis berkata, pihaknya akan melonjakkan kemahiran bahasa Inggeris (BI) lepasan SPM ini ke tahap profesional di samping menerapkan pengalaman bekerja dalam program pendidikan yang disediakan."Melalui program ini, kami dapat membantu mengatasi dua masalah utama pelajar lepasan SPM untuk mendapatkan pekerjaan iaitu bahasa Inggeris yang baik dan pengalaman kerja," jelasnya dalam satu kenyataan melalui e-mel baru-baru ini.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat secara percuma sepanjang Mac ini, sila hubungi talian 03-77225270 atau layari www.languagehouse.edu.my.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Wednesday, March 7, 2012

Keputusan STPM 2011

Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan pada hari ini (7 Mac 2012).Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM  Result [No.K/P] dan hantar ke 15888.

Keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM (keputusan STPM 2011 secara online) di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada hari ini.

Kursus Pengenalan NSS (MBMMBI)

Tarikh : 28 Feb 2012 (Selasa)
Masa : 2.00 ptg
Tempat : Makmal Komputer SMK Menerong

Kursus Pengenalan NSS bagi program MBMMBI diadakan bagi memberi pendedahan pengunaan sistem NSS untuk guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tingkatan 1 SMK Menerong.

Kursus ini telah dihadiri oleh enam orang guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Fasilitator bagi kursus ini ialah EIO SMK Menerong dan guru penyelaras ICT SMK Menerong.

Watikah Perlantikan Pengawas 2012

Watikah Perlantikan Pengawas dan PRS bagi tahun 2012 telah diadakan pada 26 Feb 2012. Watikah ini telah disampaikan oleh wakil dari IPD Hulu Terengganu.

Monday, March 5, 2012

Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah dan PRS 2012

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Menerong telah mengadakan satu kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah, pengawas Pusat Sumber, pengawas Asrama dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Kursus ini diadakan selama 2 hari bermula 16 - 17 Februari 2012 di Asrama SMK Menerong. Tema kursus ini ialah " Pelajar Proaktif Pemangkin Kebitaraan".