________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog SMK Menerong. Blog ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti terkini, gambar dan maklumat yang berlaku di SMK Menerong.Pihak SMK Menerong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman blog ini.
________________________________________________________________________________________

Tuesday, July 31, 2012

Tazkirah Ramadhan Day 11

Monday, July 30, 2012

Tazkirah Ramadhan Day 10

Sunday, July 29, 2012

Tazkirah Ramadhan Day 9

Monday, July 23, 2012

Program Pemantapan Minda Menjelang Ramadhan 1433H

Tarikh       : 19 Julai 2012
Hari          : Khamis
Masa        : 11.30 pagi
Jemputan  : YM Tengku Mohd Yusoff bin Tengku Mansor
                  (Ketua Sektor Unit Jaminan Kualiti JPNT)

Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan 1433H

Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam. Diharap Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Amin.

Saturday, July 14, 2012

Senamrobik 1 Malaysia

Tarikh : 10 Julai 2012
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perdana SMK Menerong







Majlis Penutup Khidmat Seni Budaya USIM

Satu khidmat seni budaya sempena program anak angkat pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di PPSK Kg. Menerong, telah di adakan di SMK Menerong dan SK Menerong. Khidmat seni budaya ini diadakan selama tiga hari bermula 01-03 Julai 2012 selepas sesi P&P. 

Majlis penutup khidmat seni budaya ini telah diadakan pada 04 Julai 2012 (2.30 ptg) di Kantin SMK Menerong. Majlis penutup telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Rosol bin Hj. Wahid selaku ADUN Kawasan Ajil. Semasa majlis ini berlangsung para pelajar telah membuat persembahan hasil daripada program khidmat seni budaya ini.

Ketibaan YB Dato' Hj Rosol bin Wahid disambut dengan pasukan kompang

Tuesday, July 3, 2012

Ucapan Terakhir Pengetua Di SMK Menerong

2 Julai 2012 merupakan tarikh yang sangat menyedihkan kerana warga SMK Menerong akan kehilangan seorang pengetua yang sangat bertanggungjawab dan penyayang terhadap para pelajar, guru dan semua kakitangan SMK Menerong.

Pn. Hjh Azizah akan memulakan tugas sebagai pengetua di SMK Ajil selepas berkhidmat selama setahun di SMK Menerong. Kami warga SMK Menerong sentiasa mendoakan kejayaan beliau di sekolah baru.

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) 2012

Kursus ini telah diadakan selama dua hari bermula 29 - 30 Jun 2012 di Regency Hotel, Kuala Lumpur. Kursus ini melibatkan semua guru dan kakitangan SMK Menerong.

Monday, July 2, 2012

Majlis Temu Murni & Anugerah Kecemerlangan Pelajar


Majlis temu murni dan hari anugerah kecemerlangan pelajar SPM dan STPM 2012 telah diadakan pada hari rabu 27 Jun 2012 bertempat di Bilik Intelek dan kelas SMK Menerong. Majlis temu murni kali ini merupakan kali yang ke-2 bagi tahun 2012 yang mana ia melibatkan semua pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 atas. Majlis ini bermula pada jam 8.30 pagi dan dirasmikan oleh YB Dato' Haji Rosol bin Hj. Wahid, ADUN Ajil.

Program temu murni ini merupakan program tahunan sekolah dan selaras dengan hasrat kementerian untuk memasyarakatkan sekolah. Program sebegini juga memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka di sekolah bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dari segi sahsiah diri.