________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog SMK Menerong. Blog ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti terkini, gambar dan maklumat yang berlaku di SMK Menerong.Pihak SMK Menerong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman blog ini.
________________________________________________________________________________________

Kata Aluan



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga SMK Menerong dan pengunjung laman web rasmi SMK Menerong ini.

Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada unit ICT kerana berjaya menghasilkan laman sesawang ini. Ucapan terima kasih juga kepada unit ini kerana  memberi penghargaan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata  untuk tatapan semua.

Kewujudan laman sesawang ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada para  pelajar, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat setempat untuk mengetahui perkembangan terkini tentang program yang dijalankan di sekolah dari semasa  ke semasa.

Dengan perkembangan sains dan teknologi kini, maka pendidikan bukan lagi satu keperluan  tetapi merupakan cabaran kepada semua, khususnya kepada para guru. Oleh itu, setiap guru  seharusnya mempunyai kemahiran dan sentiasa menggunakan teknologi maklumat     dan komunikasi dalam meneroka bidang ilmu tanpa sempadan ini. Laman sesawang ini juga menjadi perintis kepada guru-guru SMK Menerong untuk terus berinovasi bagi melahirkan idea dan bahan yang selari dengan kehendak terkini.

Perkembangan laman web ini juga melambangkan kesinambungan aktiviti-aktiviti para pelajar dan dokumen penting yang menggambarkan perjalanan dan pengurusan sekolah. Semua aktiviti yang telah dilaksanakan telah dirancang dengan teliti supaya selari dengan visi dan misi sekolah. Pada masa yang sama laman ini memberi petunjuk kepada pihak sekolah untuk melahirkan modal insan yang seimbang sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sesungguhnya  kecemerlangan seseorang pelajar tidak akan bermakna seandainya tidak diringi dengan perkembangan sahsiah dan tingkah laku. Jati diri perlu wujud bagi menepis segala cabaran  dan dugaan  yang melanda.Pengurusan masa amat penting bagi seorang pelajar  yang mempunyai matlamat untuk mencipta kejayaan.Yakinlah setiap usaha ini pasti mendapat ganjarannya. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Di kesempatan ini juga, saya menyusun  ampun dan maaf andai ada kekurangan . Justeru, komen, pandangan dan cadangan yang membina amatlah dialu-alukan agar usaha murni yang kerdil ini  dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh warga sekolah demi  kecemerlangan SMK. Menerong.


Akhir kata, saya berharap  laman web SMK Menerong  ini dapat memberikan maklumat yang terkini dan berfaedah kepada semua individu yang mengunjunginya.

Sekian, wassalam.