________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog SMK Menerong. Blog ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti terkini, gambar dan maklumat yang berlaku di SMK Menerong.Pihak SMK Menerong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman blog ini.
________________________________________________________________________________________

Wednesday, November 16, 2011

Peperiksaan SPM 2011

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM
&

GOOD LUCK

Sunday, October 9, 2011

Anugerah Kecemerlangan & Mesyuarat Agung PIBG

Tarikh : 12 April 2011
Hari : Selasa
Tempat : Kantin SMK Menerong

Wednesday, September 21, 2011

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2011


Tarikh : 7 - 9 Julai 2011
Hari : Khamis - Sabtu
Tempat : SMK Menerong

Objektif :
  • Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program kepimpinan.
  • Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
  • Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.
  • Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
  • Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
  • Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
  • Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

Matlamat :

  • Memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar yang bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta.
  • Agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang.
  • Untuk mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

LARIAN 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA (1M1S1M)


Tarikh : 2 Julai 2011
Hari : Sabtu
Tempat : SMK Menerong


MAJLIS KESYUKURAN & TEMU MURNI 2011


Tarikh : 5 Mei 2011 (Khamis)

Tempat : Dewan SMK Menerong

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Rosol bin Wahid merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ajil. Sebelum Majlis Temu Murni, satu ceramah motivasi untuk ibubapa turut diadakan.

Pihak pengurusan Majlis Kesyukuran & Temu Murni SMK Menerong 2011 mengucapkan ribuan penghargaan kepada :

YB Dato' Haji Rosol bin Wahid
Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu
Pengetua SMK Menerong
Guru-guru yang terlibat
Para Pelajar
&
Semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Thursday, June 23, 2011

HARI INOVASI & KOPERASI SEKOLAH 2011

Tarikh : 28 dan 29 Jun 2011
Hari : Selasa dan Rabu
Perasmi : YM Tengku Mohd Yusof bin Tengku Mansor

Pameran Agensi Kerajaan dan swasta bermula pada jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
Antara program lain sempena Hari Inovasi dan Koperasi SMK Menerong 2011 adalah :
28/6/2011
- Senamrobik
- Seminar Kewangan (PNB)
- Ceramah AADK
- Permainan MonoPoly

29/6/2011
- Ceramah Kerjaya Kolej PTPL
- Pertandingan "Spell It Right"
- Pertandingan Mencipta Tabung (PNB)
- Demostrasi Kebakaran
- Ceramah Alam Sekitar dan Demostrasi
- Pertandingan Mewarna A&W
- Pertandingan "Draw,Win or Lose"