________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog SMK Menerong. Blog ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti terkini, gambar dan maklumat yang berlaku di SMK Menerong.Pihak SMK Menerong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman blog ini.
________________________________________________________________________________________

Sunday, January 27, 2013

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013

Pada 27 Januari 2013 SMK Menerong menjadi tuan rumah bagi majlis penyerahan bantuan awal persekolahan bagi sesi 2013. Majlis ini telah bermula pada jam 2.30 petang bagi pendaftaran ibubapa dan penjaga. Dua buah sekolah berhampiran yang terlibat dalam majlis ini adalah SK Menerong dan SK Pereh.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Y.B. Haji Mohd Nor bin Othman.
Ibubapa membuat pendaftaran
Kaunter pendaftaran SK Menerong

Monday, January 21, 2013

Kejohanan Merentas Desa 2013 Peringkat Sekolah

Kejohanan Merentas Desa 2013 Peringkat Sekolah telah diadakan pada 17 Januari 2013 (Khamis). Kejohanan ini terbahagi kepada empat kategori iaitu L15, L18, P15 dan P18. Tuan Pengetua telah melepaskan pelajar ini pada jam 8.30 pagi.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada anggota polis trafik yang mengawal lalu lintas sepanjang kejohanan ini berlansung. Ini bagi memastikan keselamatan para pelajar terjamin.

Tahniah diucapkan kepada pasukan rumah Megat Panji Alam (Hijau) yang telah menjadi johan bagi kategori L15, L18 dan P15. Pasukan ini merupakan Johan keseluruhan bagi kejohanan merentas desa peringkat SMK Menerong pada tahun 2013.


Pendaftaran Sekolah dan Asrama Sesi 2013

Tarikh : 30 Disember 2012 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Intelek, SMK Menerong

Sunday, January 6, 2013

Selamat Datang ke SMK Menerong

Warga SMK Menerong mengalu-alukan kedatangan Pn. Hajah Kamariah binti Mamat, Pengetua SMK Menerong. Semoga dengan pentadbiran beliau SMK Menerong akan terus maju dalam apa jua bidang.InsyaAllah..