Tarikh : 7 - 9 Julai 2011
Hari : Khamis - Sabtu
Tempat : SMK Menerong
Objektif :
- Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program kepimpinan.
- Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
- Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.
- Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
- Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
- Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
- Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.
Matlamat :
- Memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar yang bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta.
- Agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang.
- Untuk mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.
No comments:
Post a Comment