Semua Guru
Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan
berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru
ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu
berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
1
AGENDA Semua Guru Malaysia
berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.
Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu
agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah
Pendidikan Negara.
*
Sumber dari Arkib, Kementerian Pelajaran Malaysia
No comments:
Post a Comment